Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9JhRjAF PEACEDER: Kebaikan dan kelebihan Awal Muharram 1434H | PEACEDER Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9IT7gQv

Wednesday, 14 November 2012

PEACEDER: Kebaikan dan kelebihan Awal Muharram 1434H




    Salam Maal Hijrah untuk kawan2 semua. Selamat tahun baru dan semoga tahun baru ni kita berubah menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelumnynya. Walau macam mana pon bila kita dah tahu awal muharram ni mesti kita ingin mengetahui amalan sunat dalam bulan muharram. Semoga kita semua dapat kumpul pahala banyak-banyak tahun ni ye dan seterusnya.amin3... yok kita pahami pekara sunat, kebaikan dan kelebihan ye..



1. Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya
    seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti
    mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali 



doaakhirtahun Amalan Awal Muharram



4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


doaawaltahun Amalan Awal Muharram

Ha, yang ni pulak korang kene tahu jugak.. Jangan lupa pulak hari Asyura iaitu pada 10 muharram.. Banyak kebaikan padabulan muharram nie.. Kita usaha same2 tau mengejar kebaikannya.. Perkara sunat yang dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya:
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada
    tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
    dalam golongan yang redha. 

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon 
    pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak 
    terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di 
    dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
    diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku
    mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 

9. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
    dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 

10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau
      telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat
      hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas 
      Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 

11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang 
      Islam berbuka puasa. 

12. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
      Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan 
      diharamkannya pada neraka.


Ini dia kebaikan yang ada ada bulan muharram.. kita sama2 usaha ye..
semoga kita mendapat kebaikan sama2..amin3..
SALAM MAAL HIJRAH semua!!!









11 comments:

  1. done follow, if u got time, jenguk2 blog saya ya

    ReplyDelete
  2. saya dah follow..jgn lupa follow saya balik k
    http://aieanatsumiey.blogspot.com/2012/11/rahsia-wajah-farahin.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...

    salam maal Hijrah

    ReplyDelete
  4. singgah sini :) salam maal hijrah bro!


    http://www.nabeelstories.com/2012/11/promote-kadsim-mampu-milik-1-malaysia.html

    ReplyDelete
  5. nice entry..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Salam maal hijrah...follow u.tq

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..salam maal hijrah..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 234.

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete