Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9JhRjAF PEACEDER: Cara Pemanduan Ketika Kecemasan | PEACEDER Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9IT7gQv

Monday 31 December 2012

PEACEDER: Cara Pemanduan Ketika Kecemasan


Semasa kita sedang memandu, jika tidak bernasib baik, kita akan menghadapi saat-saat kecemasan. Jadi anda perlu tahu tindakan yang perlu anda ambil supaya anda tidak panik. Kerana jika anda panik, ia adalah saat yang paling mudah untuk berlaku kecelakaan.







A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya

Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.
Nyalakan lampu dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
Pastikan simbol kecemasan (segitiga) diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
Buka bonet belakang seluasnya dan dapatkan bantuan.

B. Cermin Hadapan Pecah

Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.
Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain berkenaan.
Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan

Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

Situasi lain akan diupdate dalam post akan datang..TQ



No comments:

Post a Comment