Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin
menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah
pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban.
Nisfu Syaaban (bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam
bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang
penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hari Nisfu Syaaban
adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke
langit dan diganti dengan buku yang baru dan akan bermula sebaik sahaja
masuk waktu Maghrib.
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar
(memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta
meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya:
Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro )
Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro )
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya:
Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat
Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat
Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya
memohon hajat sesuatu.
JOM KAWAN2 KITA USAHA LAKUKAN SAME2 UNTUK DAPAT YANG TERBAIK PADA DIRI KITA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT..AMIN3 (~__^)
nice entry.. im already follow ur blog.. feel free to visit n follow my blog back. thanks :)
ReplyDeleteok beres..tq
ReplyDeleteSemoga buku baru kita baka dipenuhi dengan amalan2 yang terbaik, amin...:)
ReplyDelete