Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9JhRjAF PEACEDER : MONYET ZORO TERBAIK DER | PEACEDER Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9IT7gQv

Sunday 22 July 2012

PEACEDER : MONYET ZORO TERBAIK DER


Rodeo ialah pertandingan atau pertunjukan yang mempamerkan kemahiran penunggang-penunggang dalam menunggang kuda liar, lembu dan sebagainya. Para penunggang berpakaian ala-ala koboi dan menjadi perhatian penonton di sekeliling terutama apabila aksi sebegini dipersembahkan. Aksi yang dimaksudkan apabila bukan manusia yang menunggang dan bukan kuda atau lembu yang ditunggang.
 
 



Whiplash ialah seekor monyet Capuchin manakala Bud ialah seekor anjing gembala baka Border Collie. Mereka menjadi perhatian penonton terutamanya di rodeo bahagian barat daya Amerika Syarikat dengan aksi mereka mengejar kambing di dalam gelanggang.




 
Pemilik monyet koboi, Tommy Lucia membantu Whiplash sebelum melakukan rutin biasanya.
Lucia tidak mengendahkan desakan daripada beberapa pihak supaya monyet ini lebih sesuai dipulangkan ke habitat semulajadinya. Beliau sebelum ini telah menyelamatkan Whiplash semasa ia masih kecil dan menegaskan ia selesa dengan hidupnya kini.
 
 


Tak pelik Bud, si anjing yang rajin mengejar sebab baka Border Collie memang dilahirkan bersifat begitu. Itu pasal baka ini digunakan untuk mengembala ternakan di sana. Yang pelik Whiplash, monyet koboi yang steady je duduk atas anjing tu.




No comments:

Post a Comment