Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9JhRjAF PEACEDER : 4 LANGKAH UNTUK MEMBUAT PANGILAN MEYAKINKAN | PEACEDER Sumber Dari : http://www.dwenrasid.com/2012/11/cara-buat-blog-mesra-seo.html#ixzz2G9IT7gQv

Monday, 16 July 2012

PEACEDER : 4 LANGKAH UNTUK MEMBUAT PANGILAN MEYAKINKAN






Hampir 80 peratus mereka yang bekerja lebih gemar menggunakan emel berbanding dengan panggilan telefon. “Orang takut membuat panggilan telefon kerana mereka merasakan seperti mereka berada di situ,” kata Richard Weylman, seorang konsultan perniagaan dan penulis buku Opening Closed Doors, “tapi anda akan mendapat lebih perhatian berbanding dengan emel.” Beberapa cara panggilan telefon yang efektif yang boleh memberi keyakinan terhadap diri anda adalah:

Berdiri
Suara anda akan lebih bertenaga. Organisasi seperti Bloomberg menggalakkan para penjual supaya berdiri sebelum membuat panggilan telefon.

Jangan pegang telefon terlalu rapat
Sebaliknya, pegangnya lapan sentimeter dari mulut anda. Suara anda jadi lebih jelas dan berbunyi seperti anda berada bersama dengan orang tersebut.

Hanya Bercakap Sahaja
Jangan gunakan telefon semasa anda membuka emel, surat atau sedang membuat kerja lain. Bukan sahaja ianya jelas kepada orang yang anda sedang bercakap yang anda tidak dapat memberi sepenuh perhatian, tetapi membuat banyak kerja dalam satu masa mengurangkan keupayaan anda untuk mendengar dan memberi perhatian semasa bertelefon.

Berhenti seketika
Apabila anda tersasul, hilang idea atau tergagap, berhentilah bercakap dan ambil masa untuk cari semula idea atau keyakinan. Senyap adalah lebih baik dari emmerrrr dan sebagainya kerana ianya memberi gambaran seseorang itu sedang berfikir, bukan sedang bingung.



2 comments: